Di
suatu petang dalam sebuah tandas yang kotor, terdapat dua syaitan sedang
berbincang mengenai perkembangan aktiviti keji mereka sambil merawat luka-luka
mereka selepas azan asar berkumandang.
Syaitan A
Waaah,
kau nampak makin gemuk sekarang? Ada ‘bisnez
baek’ ke??
Syaitan B
Ala,
kau pun apa kurangnya, nampak berisi betul sekarang yek? Sure keja
hasut-menghasut dan menggoda manusia wat jahat ko berkembang pesat kan?
Syaitan A
Mestilah.
Kebelakangan ni, memang makin senang nak ‘cari
makan’. Hasutan, fitnah, umpat dan caci mencaci dah jadi
macam ‘auto’ je. Aku ‘petik’ sikit je, sure melatah lebih-lebih. Kira dah macam musim
durian la, aku tunggu gugur je segala hasil yang aku ‘semai’
selama ni.
Syaitan B
Pergh!
Memang sungguh bongkak kata-kata kau! Aku kena belajar lebih lagi dengan kau
ni! Apa kata kita kongsi sama-sama apa yang kau dah buat dengan manusia sampai
kau boleh gemuk macam ni.
Syaitan A
Aku
kalau boleh memang tak nak kongsi dengan kau, tapi demi misi jangka panjang
kita menyesatkan anak-anak Adam, aku bagitahu jugak la. Pertama sekali, manusia
ni hidupnya memerlukan ketua. Mereka akan bersatu di bawah ketua-ketua mereka
dan memperjuangkan apa yang diorang nak. Jadi apa yang aku buat:-
1, Menyemarakkan rasa
bersemangat dan taksub dalam hati anak-anak buah pemimpin, supaya mereka tak lagi dapat menilai buruk dan baiknya
pemimpin itu. Segala-galanya betul dan tepat. Bahkan apa yang keluar dari mulut
pemimpin itu langsung ‘tiada cacat cela’. Kalau dah taksub, barulah senang nak terima yang
salah sebab pemikiran logik dan analisis tak lagi diterima pakai.
2. Aku melahirkan perasaan ‘menghalalkan yang haram’ bagi mereka. Segala-galanya demi pemimpin mereka. Kalau tak
percaya, ko ambil contoh dalam sebuah keluarga. Kalau adik-beradik bergaduh,
maki-memaki sesama sendiri, pasti si ibu dan si bapa akan marah dan membetulkan
mereka. Dan mereka akan menekankan‘haram
memaki-hamun sesama sendiri’walaupun hanya dengan perkataan ‘bodoh’. Tapi kalau demi pemimpin mereka, semua
perkataan yang terdapat dalam Kamus Maki Hamun Syaitan (Jilid Terkini) pun
diorang dah pandai guna. Hebat kan? Aku pun belum habis khatam kamus tu.
3. Aku hilangkan rasa malu
dalam diri pemimpin dan menambahkan semangat bagi mereka ketika berhujah. Sebab tu bila mereka berucap, mereka jadi semakin
bersemangat dan kemudian bila dah terlampau semangat, banyak la kata-kata yang
tak patut akan terlepas. Bila aku hilangkan rasa malu dalam diri pemimpin,
mereka tak perlu lagi nak berfikir tentang apa janji yang mereka lontarkan dan
apa jua kesilapan mereka dalam ucapan mereka. Janji anak-anak buah terus
bersorak.
4. Aku menyemai rasa benci di
kalangan anak-anak buah terhadap mereka yang berbeza fahaman dan tidak menyokong pemimpin mereka. Aku tanamkan ideology
‘ Kalau kau tak join aku, kau musuh aku’ dalam diri mereka. Supaya mereka ni berpecah belah dan
tak bersatu hati. Kalau dah tak bersatu, baru la senang kita wat kerja bro!
Syaitan B
Ohh..hebat
jugak ko nye teknik kan? Patutlah ‘downline’ kau banyak. Ok, lepas nih aku cuba apply teknik kau
tu pulak. Tapi sebelum tu aku nk pergi merayau di alam siber kejap. Aku nak
menyemarakkan hasut-menghasut dan fitnah memfitnah di alam siber nih.
Disebabkan kau dah menyemaikan ‘menghalalkan yang haram’ dalam minda diorang, senang sikit kerja aku.
Pantang ada keburukan pemimpin dan anak-anak buah di pihak lain, sure aku akan
suruh diorang ‘share’ kat
Facebook, ‘retweet’ dan
kadang-kadang guna instagram. Samada apa yang di’share’ tu fitnah, betul atau tak,itu perkara kedua. Janji
kalau ada peluang menghina dan mengaibkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan
diorang, memang diorang akan gunakan sebaik mungkin.
Syaitan A
Tapi
kita tak boleh relax macam tu je. Lepas musim ‘bonus’ kita ni, kita kena sambung kerja lagi, sampai la
dunia kiamat.
KAN
BEST KALAU TIAP-TIAP BULAN PUN ADA PILIHANRAYA? SENANG SIKIT KERJA KITA.
WAHAHAHA.
Ingin mencari pendapatan tambahan?Jom jadi Ejen SHC.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda? Betul ke tak? :-)