468x60 Ads

Saturday 13 April 2013

Anak orang ke anak setan??

Salam semua. Sebagai ibu, hati SHC terusik jugak bila tengok ada yang marah-marah budak-budak yang belasah ketua tingkatan diorang semata-mata handphone kena rampas. Ada yang maki diorang macam-macam. Ada juga yang kata diorang tu 'SETAN'. Nauzubillah.


Dan dari gambar ni bila tengok diorang ni bergari, sedih pulak rasanya. Memang diorang bersalah dan patut dihukum. Tapi, nak salahkan diorang 100% pun tak boleh, sebab diorang bukannya dilahirkan semalam. Rasanya kalau parents diorang buat 'spotcheck' dari rumah lagi dan menegaskan larangan bawa telefon ke sekolah, sure diorang tak jadi marah-marah dengan ketua tingkatan diorang tu. Diorang jadi macam tu pun disebabkan banyak faktor.

Rasanya tak perlu la SHC nak huraikan semua faktor yang mempengaruhi pembesaran remaja tu. Tapi yang paling penting, sebagai parents yang bagus dan bertanggungjawab, kita mesti tetap dengan pendirian bahawa 'PENDIDIKAN BERMULA DARI RUMAH'.

Ramai jugak ibu bapa yang mengadu bila anak-anak semakin membesar, semakin degil,teruk dan susah nak dibendung. Jadi SHC nak kongsi doa untuk anak degil ok?
Semoga dengan doa ini,dapat membentuk semula anak-anak kita dalam dunia yang serba mencabar ni.

Sumber:facebook.com(sebab tak tahu dari mana asalnya sebab semuanya dari share)


Ingin mencari pendapatan tambahan?Jom jadi Ejen SHC.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda? Betul ke tak? :-)