468x60 Ads

Saturday 13 April 2013

Lagu-lagu Nasyid Yang Tidak Akan Dinyanyikan Langsung Menjelang PRU-13


Bila nak menjelang PRU-13 ni, semakin menjadi-jadi pulak kes-kes fitnah, maki-hamun dan bergaduh sesama Islam kan? Sampaikan syaitan laknatullah pun jadi riang ria di post http://sals-handpicked.blogspot.com/2013/04/penyokong-tegar-parti-politik-takkan.html.

Kita ni dilahirkan sebagai Islam. Jadi amalkan gaya hidup Islam. Ketika Rasulullah cedera dibaling batu oleh seorang Yahudi, baginda tak suruh pun sahabat pergi bunuh atau pun baling batu balik kat Yahudi tu. Tapi kita? Bila mula dicaci, 'counter caci' nya berlebih-lebihan. Orang maki sekali, kita maki balik 10 kali. Orang yang kena maki 10 kali tu pulak akan balas balik dengan 100 kali maki. So bila nak habis?

Sebaik mungkin bila kita dimaki, fitnah dan dianiaya oleh orang lain, ucapkan 'Astaghfirullah'. Semoga Allah merahmati kita. Amin.



Bersatu-Raihan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan


Ingat ni, 'Kerna orang beriman itu bersaudara, saling bertolong bantu berkasih mesra, agar generasi kita di masa hadapan bangga dengan apa yang kita wariskan.'




Lirik Lagu Pejuang Agama - Imam Muda


Setiap manusia pasti punya 
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata



Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka



Renungkanlah bersama



Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju



Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu



Temanku marilah kita bersama



Menjadi pejuang agama



Tak perlu meninggikan suara 
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar



Renungkanlah bersama







Ingin mencari pendapatan tambahan?Jom jadi Ejen SHC.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda? Betul ke tak? :-)