468x60 Ads

Saturday 13 April 2013

Penyokong Tegar Parti Politik Takkan Berani Baca Post Ni







Di suatu petang dalam sebuah tandas yang kotor, terdapat dua syaitan sedang berbincang mengenai perkembangan aktiviti keji mereka sambil merawat luka-luka mereka selepas azan asar berkumandang.

Syaitan A
Waaah, kau nampak makin gemuk sekarang? Ada bisnez baek ke??

Syaitan B
Ala, kau pun apa kurangnya, nampak berisi betul sekarang yek? Sure keja hasut-menghasut dan menggoda manusia wat jahat ko berkembang pesat kan?

Syaitan A
Mestilah. Kebelakangan ni, memang makin senang nak cari makan. Hasutan, fitnah, umpat dan caci mencaci dah jadi macam auto je. Aku petik sikit je, sure melatah lebih-lebih. Kira dah macam musim durian la, aku tunggu gugur je segala hasil yang aku semai selama ni.

Syaitan B
Pergh! Memang sungguh bongkak kata-kata kau! Aku kena belajar lebih lagi dengan kau ni! Apa kata kita kongsi sama-sama apa yang kau dah buat dengan manusia sampai kau boleh gemuk macam ni.  

Syaitan A
Aku kalau boleh memang tak nak kongsi dengan kau, tapi demi misi jangka panjang kita menyesatkan anak-anak Adam, aku bagitahu jugak la. Pertama sekali, manusia ni hidupnya memerlukan ketua. Mereka akan bersatu di bawah ketua-ketua mereka dan memperjuangkan apa yang diorang nak. Jadi apa yang aku buat:-
1, Menyemarakkan rasa bersemangat dan taksub dalam hati anak-anak buah pemimpin, supaya mereka tak lagi dapat menilai buruk dan baiknya pemimpin itu. Segala-galanya betul dan tepat. Bahkan apa yang keluar dari mulut pemimpin itu langsung tiada cacat cela. Kalau dah taksub, barulah senang nak terima yang salah sebab pemikiran logik dan analisis tak lagi diterima pakai.
2. Aku melahirkan perasaan menghalalkan yang haram bagi mereka. Segala-galanya demi pemimpin mereka. Kalau tak percaya, ko ambil contoh dalam sebuah keluarga. Kalau adik-beradik bergaduh, maki-memaki sesama sendiri, pasti si ibu dan si bapa akan marah dan membetulkan mereka. Dan mereka akan menekankanharam memaki-hamun sesama sendiriwalaupun hanya dengan perkataan bodoh.  Tapi kalau demi pemimpin mereka, semua perkataan yang terdapat dalam Kamus Maki Hamun Syaitan (Jilid Terkini) pun diorang dah pandai guna. Hebat kan? Aku pun belum habis khatam kamus tu.
3. Aku hilangkan rasa malu dalam diri pemimpin dan menambahkan semangat bagi mereka ketika berhujah. Sebab tu bila mereka berucap, mereka jadi semakin bersemangat dan kemudian bila dah terlampau semangat, banyak la kata-kata yang tak patut akan terlepas. Bila aku hilangkan rasa malu dalam diri pemimpin, mereka tak perlu lagi nak berfikir tentang apa janji yang mereka lontarkan dan apa jua kesilapan mereka dalam ucapan mereka. Janji anak-anak buah terus bersorak.
4. Aku menyemai rasa benci di kalangan anak-anak buah terhadap mereka yang berbeza fahaman dan tidak menyokong pemimpin mereka. Aku tanamkan ideology Kalau kau tak join aku, kau musuh aku dalam diri mereka. Supaya mereka ni berpecah belah dan tak bersatu hati. Kalau dah tak bersatu, baru la senang kita wat kerja bro!

Syaitan B
Ohh..hebat jugak ko nye teknik kan? Patutlah downline kau banyak. Ok, lepas nih aku cuba apply teknik kau tu pulak. Tapi sebelum tu aku nk pergi merayau di alam siber kejap. Aku nak menyemarakkan hasut-menghasut dan fitnah memfitnah di alam siber nih. Disebabkan kau dah menyemaikan menghalalkan yang haram dalam minda diorang, senang sikit kerja aku. Pantang ada keburukan pemimpin dan anak-anak buah di pihak lain, sure aku akan suruh diorang share kat Facebook, retweet dan kadang-kadang guna instagram. Samada apa yang dishare tu fitnah, betul atau tak,itu perkara kedua. Janji kalau ada peluang menghina dan mengaibkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan diorang, memang diorang akan gunakan sebaik mungkin.  

Syaitan A
Tapi kita tak boleh relax macam tu je. Lepas musim bonus kita ni, kita kena sambung kerja lagi, sampai la dunia kiamat.

KAN BEST KALAU TIAP-TIAP BULAN PUN ADA PILIHANRAYA? SENANG SIKIT KERJA KITA. WAHAHAHA.




Ingin mencari pendapatan tambahan?Jom jadi Ejen SHC.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda? Betul ke tak? :-)