468x60 Ads

Saturday 13 April 2013

Bahaya Menjadi Peniaga Online

Entry ni saya tujukan khas kepada para peniaga online. Siapa kata golongan ini tidak mengalami bahaya? Bahkan golongan ini yang paling terdedah kepada pelbagai jenayah siber tau??

Apakah bahaya menjadi peniaga online?

1. Identity theft (kecurian identiti)

Sebagai peniaga, anda cuba menjadi telus dengan pelanggan dan berkongsi bermacam-macam perkara dengan harapan anda akan mendapat kepercayaan dan seterusnya membuat jualan. Tapi atas ketelusan anda, pelbagai maklumat dah pun dicuri oleh si pencuri identiti. Mereka boleh meniru semula identity anda dan menipu di atas nama anda.

Penyelesaian: Jaga sempadan anda dengan public. Ini bukan terhad kepada page berniaga sahaja. Personal page lagi la kena ada sempadan. Contohnya anda gi post kat public,"On the way ke Hilton Hotel.Hubby bawak kuar makan kat hotel. Bestnya!" Anda sedar tak, secara tak langsung anda memberitahu kepada semua (public) bahawa anda tiada di rumah. Lebih mudah lagi untuk pencuri kalau anda jenis yang suka tag alamat rumah anda kat facebook. So be careful k?

2.Database hack
Jika ia melibatkan pangkalan data (database), anda mungkin kehilangan pelbagai maklumat berharga seperti senarai pelanggan anda, dan maklumat mereka. Besar kemungkinan anda akan mengalami kerugian yang teruk akibat kecurian ini.

Penyelesaian: Kena ada anti-virus dan firewall untuk database anda. Yang ni kena upah orang professional untuk setup.

3.Forgery/fraud (pemalsuan/penipuan)
Ini adalah perkara yang paling kerap berlaku dengan peniaga online di facebook. Anda dah kumpulkan testimoni, dah wat design produk untuk letak kat page korang elok-elok. Tengok-tengok ada yang copy dan paste kat page diorang. Pastu diorg siap letak watermark kat gambar korang tu. Hangin kan?

Penyelesaian: Letakkan watermark kat setiap picture yang korang post.

Tak reti letak watermark? Jangan risau. Jom join SHC Free Watermark Programme. Kami guna PS (Photoshop) tau? Bukan MSPaint.


Syarat-syarat:-
1. Mestilah peniaga online (kalau personal pics, minta maafla yek?)
2. Like fanpage SHC.---> www.facebook.com/pages/Sals-Handpicked-Collections-FAN/168981323128937
3. Terhad kepada 30 keping gambar seorang sahaja (kalau ada banyak pages atau group, pandai-pandai la budget yek?).


Nak tahu beza watermark yang buat guna MSPaint dan Photoshop?

Yang ni buat guna MSPaint

Yang ni guna Photoshop
Watermark yang dibuat mestilah berupaya melindungi harta intelek anda dan dalam masa yang sama tidak menghalang atau menyakitkan mata pelanggan.

Diharap dengan adanya program SHC ini, akan dapat membantu golongan peniaga online dan mengangkat professionalisma mereka.


Ingin mencari pendapatan tambahan?Jom jadi Ejen SHC.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda? Betul ke tak? :-)